Wednesday, December 23, 2015

But Bolo

But bola pertama gua but jenama 'Power,' satu jenama kasut berasal dari Hungary berpangkalan di Switzerland.

Gua ingat lagi, beli time gua darjah tiga dengan taktik merajuk dekat Plaza Kotaraya, Johor Bahru, kini di rebranding kepada JBCC. 


Monday, May 20, 2013

Piramid Mesir




Sejarah tamadun dunia menunjukkan pelbagai bangsa pernah menjadi hamba kepada kezaliman. Lihat sahaja Piramid Mesir, simbol kemegahan pemimpin yang zalim, sebanyak 800 juta bongkah batu dibawa dari bumi Aswan ke Kaherah oleh hamba abdi.

Hari ini, semua orang begitu ghairah mengagumi piramid yang sergam berdiri.

Tiada siapa ambil peduli batu-batu kecil sekitar piramid, iaitu kubur 300,000 hamba abdi yang bersusah payang membina piramid untuk raja firaun.

- ARIFFIN ABDULLAH pelajar tahun akhir Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Malaysia Pahang.

Saturday, January 5, 2013

Amanat

Amanat mak gua, belajar la rajin-rajin sempena final exam ini dan janganlah tinggal solat. amanat paling power dalam tempoh 23 tahun penghidupan.

Wednesday, January 2, 2013

retro 90an.


time ni, ketinggian gua baru mencecah 90 sentimeter. berat badan baru 20 kilogram. mula berjinak-jinak dalam usaha membenteras raksasa dan villian bersama robocop, power rangers, satria baja hitam dan ramai lagi. pistol kat sebelah tu dah tembak 163 orang jahat. jangan main-main.

Sunday, December 30, 2012

kongres keluarga.

untuk meeting kongres akan datang ni, gua ingin mengusulkan agar kongres mengutuk dan membantah kekejaman, ketidak adilan dan kezaliman segelintir ahli ahli kongres. mereka didapati tidak adil terhadap gigi gigi mereka, terutamanya kepada gigi gigi mereka yang berada di pendalaman. gua sedang dalam usaha mengumpul tandatangan ahli bagi menghantar memorandum bantahan kepada ahli terbabit. keadilan perlu ditegakkan.

Saturday, December 29, 2012

hari keluarga.

setelah sekian lama gua berjanji, hari ini gua tunaikan janji gua. hari ini gua membawa adik-adik gua keluar makan angin. seorang sahaja adik gua yang tidak dapat turut serta dalam program lawatan sambil belajar kali ini. semoga adik gua yang jauh di rantau orang itu baik-baik hendaknya.

gua membawa mereka ke bandaraya johor bahru, kota metropolitan tempat mencari rezeki jutaan manusia. selepas mereka keluar masuk beberapa deretan kedai membeli baju, mereka mengajak gua ke panggung menonton wayang gambar.

gua : kita nak tengok cerita apa ni?
piqa pique : never say never.
gua : tak nak la.
piqa pique : kenapa pulak.
gua : tu cerita justin bieber kan.
piqa pique : haah.
gua : tak nak la.

* adik gua berusaha menarik-narik tangan kanan gua untuk memaksa gua ke kaunter beratur membeli tiket. gua dengan segala kudrat yang ada cuba menumpukan semua tenaga kekaki manakala tangan kiri gua mengenggam erat pemegang eskelator bagi mengelakkan gua bergerak dari tempat gua berdiri tanda tidak rela.

piqa pique : piqa pon tak suka dia. cuma nak tengok je. kata pengkritik filem tegar.
gua : ala kita tengok cerita lain la.
piqa pique : jom la. piqa dah kumpul duit sekolah piqa sehari singgit nak belanja bangpek tengok wayang buat hadiah hari jadi. kesian la kat piqa.
gua : ok. jom la.      *dengan nada terharu dan sebak.
piqa pique : tapi duit tiket alang dengan haziq, bangpek bayar la. piqa bayar dua tiket je.

gua masuk panggung agak lambat jugak la. dalam panggung gua dapat perhatikan kelibat pak cik dan mak cik mak cik bersama anak-anak kecil mereka. buat sketika gua terasa seperti seorang bapa membawa anak-anaknya menonton wayang. terdapat juga beberapa kumpulan gadis-gadis belasan tahun setia menunggu wayang gambar bermula.

pejam celik, pejam celik. sudah pertengahan filem. bila sampai part-part menyentuh hati, gua perhatikan mak cik sebelah adik gua menangis. gilor gua cakap. kuat jugak penangan justin bieber ni.

filem ini tidak banyak konflik. mendatar. pop corn gua pon tidak habis. mungkin tidak mendebarkan. klimaks pun tidak ada. tapi detik dan saat tadi mungkin akan gua kenang kerana ianya hadiah hari jadi dari adik gua yang tidak ternilai.

sewaktu berjalan keluar dari panggung, semua mata tertumpu kepada gua. ketika itu gua rasa seperti ingin menjerit, "gua bukan fanatik bieber la, gua cuma peminat filem. tak kan tu pun salah"

nanti ada masa, gua ulas pasal merong mahawangsa pulak.

perang poster.

utm sekarang perang poster.
pilihanraya kampus. khamis lepas penamaan calon. isnin ni buang undi.
gua dulu masa dekat mrsm ada jugak join perang poster. masa tu gua bertanding pilihanraya badan wakil pelajar (bwp). gua dah tak ingat, dulu masa dekat mrsm tempoh kempen berapa lama tapi lama jugak la kalau gua tak silap. mula dengan interview pihak itu, interview pihak ini. aktiviti itu, aktiviti ini. lama jugak la tempohnya. semua sekali ada 28 orang calon, nak pilih 14 org shj. gua paling ingat sesi manifesto. semua calon pakai smart-smart lepastu berucap depan semua student. gua pakai baju pinjam je masa tu. ada sorang member gua time tu, manifesto dia bukan main lagi. ayat dia bunyi lebih kurang macam ni,
"saya berjanji, kalau saya jadi bwp, kita akan dapat bas maktab baru."

lepas gua buat post-mortem, pikir-pikir balik, gua rasa kempen gua masa dekat mrsm dulu huru-hara. gua masuk form 4, masuk baru 6 bulan, sedar-sedar bertanding. mana tak huru-hara. tak ada pengalaman tengok kempen-kempen tahun sebelum tu.

gua berhabis lapan ringgit masa kempen dulu. nak dapat lapan ringgit dulu bukan senang. yang pasti gua silap, sebab pergi beli dua seletop saiz besar colour hitam. satu seletop harga tiga ringgit, dua dah enam ringgit. rugi. rugi. lepas beli seletop baru gua fotostat poster. gua fotostat poster ada la lima belas helai. gua tampal poster hari ini, esok gua pergi tengok dah tak ada. down gila masa tu gua rasa. gua tak tahu la apa jadi poster gua masa tu. orang cabut buang ke, orang cabut tampal dalam bilik ke, gua tak tahu. lepas insiden poster gua hilang, gua dah tak fotostat poster lagi. cukup la lima belas. seletop hitam gua, satu pun tak habis guna.

poster pilihanraya mrsm dengan poster pilihanraya utm tak sama.poster pilihanraya utm ada gambar calon je. poster pilihanraya mrsm selalu orang letak logo. setiap calon kena reka logo masing-masing. dekat kertas undi ada nama calon dengan logo calon. gambar tak ada. jadi tak timbul la isu student undi calon cun sahaja. kih kih kih. poster gua, gua letak logo gua, gambar gua saiz pasport lepastu ada nama. nama pun bukan nama penuh. gua letak taufiq je.

bertanding dekat mrsm atas kapasiti individu. tiada parti-parti.
tapi ada jugak la calon yang pakat-pakat buat banner sama-sama. kumpul duit 14 orang buat satu banner. contoh banner ramai-ramai macam ni la : "undi la calon yang boleh berkhidmat" lepastu ada nama 14 org. gua ada jugak join banner macam ni. gua tak rancang pon nak buat banner, sedar-sedar ada satu puak dah buat banner, masuk nama gua sekali. gua dengan beberapa calon lain pergi gantung. banner memanjang kebawah. gua gantung banner tu memanjang, dari tingkat 4, gua jatuhkan cecah tingkat 2. kalau orang jalan dari asrama nak pergi dewan memang confirm nampak la banner tu.
yang kaya sikit, buat banner sorang-sorang. letak logo besar-besar.

lagi satu, ada talent show. time ni dia bagi la calon sorang 5 minit untuk buat apa-apa yang dia nak. gua dah la tak de talent. tak ada bakat nak tunjuk. tak reti nak timbang-timbang bola macam ronaldinho. tak reti nak nyanyi sedap-sedap macam faizal tahir. tak reti nak berlakon terer-terer macam rosyam nor. tak reti nak taranum merdu-merdu. gua tak tahu nak buat apa time tu.

waktu mengundi, time prep petang dekat dewan maktab. form 1 undi waktu sekian-sekian, form 2 waktu sekian-sekian. form 3,4,5 pun waktu sekian-sekian. nak mengundi kena bawak kad matrix. jadi isu pengundi hantu tak timbul.

secara keseluruhannya, time pilihanraya mrsm memang seronok la. tengok orang kempen. banner terbang-terbang dipukul angin, orang bagi manifesto berapi-api, poster bergantungan. poster semua kreatif-kreatif, ada yang siap guna photoshop.

kalau dekat utm, mengundi pagi, malam keputusan dah umum.
dekat mrsm tak. seminggu jugak la tunggu keputusan.

keputusan dia tampal kat notice board. hari time keputusan dia tampal, sebelum pergi maghrib, gua call la mak gua guna public. gua bagi tahu mak gua yang gua menang, highest vote, 95%. mak gua gelak. berdekah-dekah pulak tu.

gua. form 4. 16 tahun.

Sunday, December 23, 2012

dilema gua setiap kali raya haji menjelma.

gua tak boleh terima bila mana shopping complex sibuk duk main lagu raya aidilfitri time-time raya haji ni. nampaknya industri muzik tempatan kekurangan lagu raya haji yang berkualiti sebenarnya. oleh itu, gua berharap siti nurhaliza dan m.nasir pandang serius dan campur tangan bagi mengatasi isu ini.

Saturday, December 22, 2012

gua dan gempa bumi.

gua mula-mula tidur atas katil tadi, gua bangun sedar-sedar gua dah kat atas lantai dah. gua syak malam tadi ada gegaran. efek gempa.

Thursday, December 20, 2012

geng bas sekolah hari ahad ni layan jugak sebenarnya.

selepas subuh, gua sambung tidur dalam bilik mak gua. gua terlajak tidur sampai pukul 11 pagi. mungkin itu penangan keselesaan tidur tilam vono queen size yang membolehkan gua bergolek kesana ke mari.

tanpa basuh gigi, gua turun baca surat khabar. tiap-tiap pagi tukang hantar surat khabar naik motosikal campak tiga surat khabar masuk perkarangan rumah gua yang berkonsepkan bali ni. bapak gua langgan semua surat khabar. utusan malaysia, berita harian, the star, harakah, suara keadilan dengan siasah. sin chew daily dengan malaysia nanban je yang bapak gua tak pernah langgan lagi. kadang - kadang ada jugak kes, beberapa kali tukang hantar surat khabar pagi-pagi tu salah hantar paper. kadang- kadang terhantar metro tak hantar berita. ada jugak dulu dia hantar nst tak hantar the star. tapi dia tak pernah lagi la terbaling nanyang siang pau jiran gua masuk rumah gua.

gua tengok muka depan berita pagi ni ganas sangat la.

seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram. caption gambar berita minggu hari ni.

kesian brader ni. gua rasa gambar yang dia pegang tu bukan pisau. sebab gua ada tertengok gambar dia yang lain dekat al jazeera

A Bersih supporter holds the Malaysian flag in front of a police water cannon [Damir Sagolj/Reuters])

gua pun tengok empat belas lima belas kali gambar muka depan berita minggu. tengok dekat-dekat, tengok bawah lampu neon, tengok bawah lampu pendaflour, tengok bawah lampu kalimantang, tengok guna kanta pembesar,  semua gua cuba. gua rasa dia bukan pegang pisau la. gua yakin dan pasti dia pegang bandera malaysia yang style budak-budak bawak masa perarakan sambutan kemerdekaan time sekolah-sekolah dulu.

gua tak pasti la apa fasal berita tulis caption macam tu. tak kan berita nak samakan bendera malaysia dengan pisau. tak kan berita nak tipu gua. gua pun hairan jugak ni. gua punya tahap hairan sampaikan gua makan nasi tambah tiga kali untuk recover energy gua yang gua guna buat pikir apa fasal berita tulis brader ni bawa pisau.

Wednesday, December 19, 2012

tak betul ni.

keamanan sejagat.

gua nak buat report polis. gua dah tak tahan. pemadam gua hilang lagi. masuk kali ini, dah lapan belas kali pemadam gua hilang. lapan belas kali dalam semester ini sahaja, tidak termasuk semester lepas. yang stabilo, yang pilot, yang faber-castell, yang staedler, yang ada pemadam pen sekali pon hilang. yang dekat belakang pensil tekan-tekan pon hilang jugak. tekanan perasaan gua macam gini.

Tuesday, December 18, 2012

memori ramadhan bahagian dua.

"pek, kau dah 2 tahun belajar chemical ni, dah pandai buat bom belum?"
-azam, seorang lelaki sebaya gua dan pemain bass berbakat. rumah beliau selang 13 rumah dari rumah gua.

zaman pmr dulu, gua ingat untuk memastikan minat gua dalam bidang letupan terus subur, gua sangat wajar menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia di mana-mana institusi pengajian tinggi baik dalam mahupun luar negara. oleh itu, naik form 4, gua belajar subjek kimia bersungguh-sungguh.

selari dengan minat dan keinginan gua, setiap kali tiba ramadhan, gua sering kali merasakan bahan letupan dekat dengan gua. sepanjang gua bergelar kanak-kanak, bermacam-macam bahan letupan telah gua letupkan di bulan ramadhan. keghairahan gua bermain bahan letupan tidak bermakna gua mengabaikan ibadah wajib mahupun ibadah sunat. masih segar di ingatan gua, rutin-rutin gua sepanjang ramadhan ketika zaman kanak-kanak gua. rutin yang sama dari gua darjah empat hingga gua darjah enam. 

setiap malam selepas berbuka bersama keluarga dan solat maghrib di rumah, gua bersiap-siap untuk ke masjid. masjid dan rumah gua tidaklah jauh. kira-kira 7 minit masa perjalanan. jika gua berlari, gua boleh sampai masjid dari rumah gua dalam masa dua minit. kalau usain bolt yang lari, gua percaya tak sampai seminit dah boleh sampai.

sampai di masjid, gua cari port yang baik untuk gua letak selipar gua. jika tersalah port, silap-silap lesap selipar gua. jikalau lesap selipar gua, maka terjejas la segala aktiviti gua. pernah juga sekali dua selipar gua hilang di kebas orang. gua kadang-kadang hairan juga, apa specialnya selipar gua. hairan sungguh. iya lah, selipar gua bukan la jenis yang mahal-mahal. barangkali ini semua kerja peminat fanatik gua yang terlampau taksub sehinggakan selipar pun mahu disimpan buat kenangan.

sewaktu darjah empat gua selalu solat dibawah aircond. aircond terletak disepanjang pintu masuk ruang solat utama masjid. nak on aircond masjid bukanya senang. kalau tinggi tak cecah 160sm, memang tak akan dapat la nak on aircond. oleh itu, dua orang budak darjah empat mestilah berganding bahu untuk on aircond. caranya, gua duduk dalam posisi seolah-olah mahu merangkak, kawan gua akan naik pijak belakang badan gua untuk on aircond. oleh kerana gua yang menderita kena pijak, gua akan dapat keistimewaan solat betul-betul dibawah aircond. 

kadang-kala gua terfikir, masalah tulang belakang yang gua hadapi hari ini mungkin ada sangkut paut dengan aktiviti on aircond masjid ni.setelah gua naik darjah lima, gua sudah jarang solat dibawah aircond. time tu biasanya gua akan solat di saf orang dewasa. masjid bandar baru uda digembar-gemburkan sebagai masjid pertama di malaysia yang fully aircond. kesahihan gosip ini tidak dapat gua pastikan.

imam tarawih import dari Makkah. time ni budak-budak semua
senyap,heran gua, heran. ajaib.

menara azan



selesai bagi salam pada rakaat kelapan solat tarawih bersama imam, gua tanpa membuang masa dengan tiga empat orang member-member lain akan terus mencari selipar masing-masing. siap sarung selipar, semua berlari naik bukit menuju ke taman permainan. masa ni fitness gua memang tinggi. berlari naik bukit steady sahaja, tidak berhenti langsung. walaupun tadi berdiri tarawih lama sebab imam baca satu muka surat Quran setiap rakaat, ia tidak menjadi penghalang untuk gua berlari naik bukit. setiap kali ramadhan, masjid tempat gua panggil budak-budak tahfiz jadi imam. sepanjang tarawih, khatam satu Al-Quran. 1 malam, 1 juzuk. 30 malam, khatam satu Al-Quran. satu juzuk lebih kurang dua puluh muka surat, kadang-kadang lebih, jadi satu rakaat paling kurang imam kena baca satu muka surat.

sampai di taman permainan, gua bertemu dengan geng-geng lain, masing-masing mengeluarkan stok mercun masing-masing. mana yang hardcore bawak mercun ketupat, mercun bola, mercun telor. mana-mana yang baru nak naik, main mercun mancis la, mercun lebah la mercun naga la mercun bunga, gasing dan seangkatan dengannya. setelah semua berkumpul sambil menunjukkan stok masing-masing, dua kumpulan akan dibentuk. agak-agak kalau kumpulan tak seimbang, gua bangkit bersuara, membantah. mana boleh kalau tak seimbang. main perang-perang bukan sembarangan. kalau tak seimbang, tak fight la perang. pendirian gua jelas, biar kalah perang asalkan kalah melawan, sebab itu team kena seimbang. kalau tak seimbang perang tak epik. dull.

dalam banyak-banyak senjata perang, gua paling tak boleh terima kalau team gua main strategi carik mercun papan bukak satu-satu. kalau iya pun nak banyak mercun, mana boleh pergi style macam tu. tak sempat nak baling dah meletup. itu attack team sendiri namanya. strategi patahkan batang mercun thunder clap dengan mercun roket pun gua tak setuju jugak. melilau perginya nanti. selalunya tak sampai kubu pihak lawan. jika gua dilantik menjadi jeneral perang mengetuai team gua, gua selalunya mengamalkan falsafah perang sun tzu dalam usaha memastikan kemenangan di pihak gua.

sepapan mercun papan

sekiranya perang berlarutan dan tiada pasukan yang menyerah kalah, secara automatiknya perang ini akan tamat sebaik sahaja imam di masjid selesai memberi salam kedua didalam solat witir satu rakaat. segala apa yang berlaku di masjid dapat kami dengar dengan jelas sepanjang perang meletus. terima kasih kepada sistem pembesar suara masjid yang lengkap dengan menara azan. sebaik sahaja imam selesai memberi salam, kesemua bala-bala tentera termasuklah gua akan mula mengorak langkah menuju ke rumah masing-masing. baju berbau asap mercun tidaklah menjadi kegusaran sebenar gua, gua lebih rungsing sekiranya baju melayu cekak musang  gua lencun dibasahi peluh. ada ketikanya, ketika perang meletus dan berada di kemuncaknya, gua terpaksa berlari lintang pukang seperti tidak cukup tanah mengelakkan mercun thunder clap yang mengejar gua dan tentera-tentera lain. bala. bala.

melibatkan diri dalam perang ini sebenarnya memberi banyak manfaat kepada gua. ia secara tidak langsung menggilap bakat kepimpinan dalam diri gua. setiap malam, gua belajar mendengar arahan daripada jeneral perang dan memainkan peranan dalam kerja berpasukan secara efektif. gua turut belajar teknik komunikasi secara berkesan dengan ahli pasukan yang lain. selain itu, jika gua menjadi jeneral, gua belajar memberi arahan kepada anak buah, belajar menyusun strategi, menjaga keselamatan mereka yang dibawah seliaan gua dan yang paling penting sekali gua belajar membuat keputusan dan bertindak di saat-saat genting. akhir sekali, ia memberi gua keyakinan dan keberanian untuk menempuh hidup yang serba mencabar dalam era globalisasi hari ini.

Alhamdulillah, sepanjang gua berkecimpung dalam arena bahan letupan musim perayaan ini, gua tidak pernah mengalami kecederaan-kecederaan yang kronik. gua masih sempurna sifat. mampu bercakap, mendengar dan melihat serta cukup jari kaki dan tangan mahupun anggota-anggota badan yang lain. gua juga sebenarnya agak kesal, sepanjang siri-siri perang yang gua sertai, tiada lagi mana-mana pasukan yang menggunakan meriam buluh sebagai senjata. mungkin juga kerana faktor buluh sukar didapati di kawasan perumahan yang gua diami ini. tebu di bazar ramadhan banyak la.

tidak lama lagi sem baru sudah hendak bermula, gua dah nak masuk 3rd year dah tapi sampai sekarang gua tak belajar satu ilmu buat bom pon lagi. final year nanti gua belajar kot. kalau tidak secara formal mungkin secara informal.


Sunday, December 16, 2012

kata ibu dengar sahaja.

sedang gua berjalan-jalan di blogosfera yang luas ini, gua tersinggah di suatu blog yang penuh informasi. gua baca satu entri yang cukup signifikan. entri yang telah merubah hidup gua. buat selama-lamanya.


dipetik dari geartinggi.com


baru gua tahu, kereta gua tak boleh guna ron95. patut la mak gua bising pung pang pung pang dari dulu tak bagi gua guna ron95. nasib baik gua dengar cakap mak gua.


*silap-silap. kereta mak gua. gua tukang bawak je.